Ahad, 20 September 2009

CL0005






Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : �Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun� (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa).

Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawwal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawwal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Di dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.

Persoalan puasa qadha dan puasa enam

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha� dan puasa enam hari di bulan Syawwal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan pausa yang satu?

Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qadha� dan puasa enam dengan berniat puasa qadha� dibulan Syawwal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha� terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha� adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Kebanyakan ulama Syafi�iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha� sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya. Di dalam kitab As-Syarqawi �Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qadha� yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawwal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawwal. Namun, pahala yang diperolehi tentulah kurang daripada orang yang benriat kedua-duanya sekaligus.

Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardhu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekaligus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.

Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qadha� akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT. Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha tuhannya.

Persoalan seterusnya, bagaimanakah jika seseorang khususnya wanita ingin berpuasa secara berasingan di antara puasa enam dan puasa qadha�, yang manakah yang sewajarnya didahulukan? Adakah di dalam kes ini kaedah mendahulukan yang wajib dipakai? Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi iaitu salah seorang ulama AL-Azhar menyatakan, puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan di dalam bulan Syawwal sahaja. Adapun puasa qadha�, seseorang itu bebas melakukan di dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan datang. Ini bertepatan dengan amalan Ummul Mukmin Aisyah RA yang berpuasa qadha� di bulan Sya�ban dan diperakui oleh Rasulullah SAW dan dikira sebagai sunnah taqririyyah. Namun, jika ia menggabungkan kedua-duanya sekaligus, ia juga diharuskan.

Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama melakukan ibadat puasa enam yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ini. Samada ingin menggabungkan puasa enam dengan puasa yang lain atau ingin melakukannya secara berasingan, itu terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan yang ada pada diri kita. Apa yang penting ialah kita ingin ia menjadi saksi di hadapan Allah SWT nanti sebagai tanda bahawa diri ini benar-benar ingin mencari dan memburu keredhaanNya. Semoga kita dimasukkan di dalam golongan yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Amin.

Rabu, 26 Ogos 2009


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Khamis, 23 Julai 2009

Nisfu Syaaban Nisfu


Nisfu Syaaban


allah-hu


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:





Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."


Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1.Solat sunat nisfu sya’aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini





Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah


Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah


2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya





i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman


3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Rabu, 22 Julai 2009

Kelebihan Malam Bulan Syaaban.


allah2


Telah diriwayatkan dari Abi Nashrin bin Sa’id dari Rasulullah SAW: “Pada malam 13 bulan Syaaban Jibril AS telah datang kepadaku dengan berkata: “Wahai Muhammad, bangunlah dan kerjakanlah solat tahajjud supaya kamu dapat meminta apa yang kamu kehendaki untuk umat kamu.”


Setelah berkata demikian maka Jibril AS pun pergi, lalu Rasulullah SAW pun bangun mengerjakan solat Tahajjud.


Setelah itu Jibril AS datang pada waktu Subuh berjumpa dengan Rasulullah SAW dengan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepadamu 1/3 umatmu.”


Rasulullah SAW menangis apabila diberitahu Jibril AS bahawa hanya 1/3 sahaja yang diberikan. Maka baginda pun berkata: “Wahai sahabatku Jibril AS katakan kepadaku tentang 2/3 umatku yang lain.” Berkata Jibril AS: “Ya Muhammad, aku tidak tahu.” Setelah berkata demikian maka Jibril AS pun pergi.


Pada malam kedua Jibril AS datang lalu mengejutkan Rasulullah SAW sambil berkata: “Wahai Muhammad bangunlah dan kerjakan solat tahajjud. Lalu Rasulullah SAW pun bangun mengerjakan solat Tahajjud.


Pada waktu Subuh Jibril AS datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepadamu 2/3 umatmu.”


Rasulullah SAW menangis sambil berkata: “Wahai sahabatku Jibril AS, katakan kepadaku tentang 1/3 lagi umatku.”


Kemudian Jibril AS berkata: “Wahai Muhammad, aku tidak tahu.”


Pada malah “Bara’ah” malaikat Jibril AS datang bertemu dengan Rasulullah SAW dengan berkata: “Wahai Muhammad, ini ada berita gembira bahawa Allah SWT telah memberikan kesemua umatmu yang terdiri dari mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu.”


Malaikat Jibril AS berkata lagi: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu ke langit dan lihatlah apa yang kamu lihat.” Lalu Rasulullah SAW memandang ke langit, di lihatnya pintu langit terbuka dan para malaikat yang terdiri dari langit dunia hingga sampai ke Arsy sedang bersujud memohon keampunan bagi umat Muhammad SAW.


Pada pintu langit pertama terdapat malaikat yang berseru:


“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang rukuk pada malam ini.”


Pada pintu kedua berseru pula malaikat yang lain:


“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang bersujud pada malam ini.”


Pada pintu ketiga pula malaikat yang lain berseru:


“Sungguh beruntunglah orang-orang yang berzikir pada malam ini.”


Pada pintu yang keempat malaikat lain berseru pula:


“Sungguh beruntunglah bagi orang-orang yang berdoa kepada Tuhannya pada malam ini.”


Pada pintu yang kelima berseru malaikat lain pula:


“Sungguh beruntung bagi orang-orang yang menangis kerana takutkan Allah SWT pada malam ini.”


Pada pintu yang keenam berseru malaikat yang lain:


“Sungguh beruntung bagi orang-orang yang berbuat baik pada malam ini.”


Dan pada pintu langit yang ketujuh pula berseru malaikat dengan berkata:


“Sungguh beruntung bagi orang-orang yan gmembaca Al-Quran pada Malam ini.”


Berkata malaikat itu lagi: “Kalau ada sesiapa yang berdoa maka doanya itu akan dikabulkan, kalau ada sesiapa yang bertaubat maka taubatnya akan diterima, kalau ada sesiapa yang meminta ampun maka ianya akan diampunkan.”


Bersabda Rasulullah SAW: “Pintu tahmat itu terbuka untuk umatku dari permulaan malam sehingga sampai waktu fajar. Sesungguhnya pada malam ini Allah SWT membebaskan orang-orang dari neraka lebih ramai daripada bilangan bulu kambing milik qabilah Bani Kilaabin.”


Rasulullah SAW telah menyuruh setiap orang baik dari lelaki ataupun perempuan supaya bangun mengerjakan amal ibadat dan berdoa pada malam tersebut, seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Ali, sujudlah kami dan carilah orang-orang lain; wahai Fatimah dan Aisyah sujudlah kamu dan carilah anak-anak dan perempuan-perempuan lain.”


Doa Al-Baraa-ah ialah yang bermakdud:


“Ya Allah, apabila Engkau telah menulis, mencatat namaku sebagai orang yang sengsara dan di tempat orang-orang yang sengsara, maka hapuskanlah dan catakanlah namaku di tempat orang-orang yang bahagia dan apabila Engkau telah mencatat namaku sebagai orang yang bahagia maka tetapkanlah. Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitabMu yang dimuliakan:” Allah menghapuskan apa-apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (Apa-apa yang Dia kehendaki) dan disisiNya ada kitab yang pokok (Lauh Mahfuz).


Aisyah RA berkata: “Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan Syaaban dan mengampuni para hambaNya lebih ramai daripada bilangan bulu kambing milik Qabilah Bani Kalaabin.”


Isnin, 20 Julai 2009

KURSUS LADAP(2) DI SK. BUKIT

KURSUS LADAP(2) DI SK. BUKIT TADOM



Semua guru diwajibkan untuk mengikuti kursus ini. Kali ini kursus dijalankan pada hari persekolahan. Guru-guru berkorban untuk berkursus pada sebelah petang walaupun pada ses pagi persekolahan seperti biasa. Hidup guru SKBT...



Guru-guru tekun mendengar ceramah...


DSC_0995


Penceramah yang dahsyat Pn. Salbiah (caya la)


DSC_0992


Bersama guru besar En. SaianDSC_0997

Rabu, 15 Julai 2009

AHMAD FITRI MUAZ


m3


Baru belajar berdiri...


m2



Nak kemana tu...


m1


Renungan manja...


m4


Sambut hari raya di Sabah. Masa ni Muaz belum ada....


m5

Ahad, 12 Julai 2009

Aku sabar melayan kerenah murid-murid ku



Aku sabar melayan kerenah murid-murid ku ini. Mereka ini mempunya potensi untuk berjaya. Aku Sabar...DSC_0988

Kursus lagi

Kursus lagi apa nak buat. Kerajaan telah memberi peruntukan berjuta2 rnggit. Jadi, jangan komplen la...

Kursus Blog SKBT

SELAMAT BELAJAR MEMBINA BLOG


Bukan nak tunjuk gambar kereta tapi nak tunjuk gambar kelas yang digunakan oleh guru-guru berkursus membina blog ( kelas yang d belakang kereta tu)


DSC_0989

Selasa, 23 Jun 2009

Mekah pusat bumi dan ibadat


Oleh IBRAHIM ABDULLAH


MEKAH atau juga disebut Bakkah, tempat di mana umat Islam melaksanakan ibadah haji dan umrah terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan Allah SWT dan sebagai pusat bumi. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Adalah sama tengah bumi itu ialah kaabah".


Dari tanah itulah Allah SWT menjadikan dada Nabi Adam a.s. Bahawa yang pertama berada pada Kaabah Allah itu para malaikat, kemudian dijadikan Adam selama 2,000 tahun sebelumnya.


Kemudian daripada itu para malaikat itu selalu memakmurkan Kaabah Allah itu dengan beramal kepada-Nya, sebelum Nabi Adam dijadikan oleh Allah SWT.


Selepas itu Allah dengan kehendak- Nya untuk menjadikan Adam di syurga. Kemudian Allah memerintahkan untuk turun ke bumi ini, dengan segala hikmah-Nya.


Maka turunlah Nabi Adam di sebuah pulau Sarandip, dan setelah dikurniakan Allah pada suatu tingkat di syurga, kemudian Allah berfirman maksudnya: "Wahai Adam, berjalanlah engkau", Maka ia pergilah berjalan sehingga sampai pada negeri Hindi/India. Setelah itu kemudian berdiamlah Nabi Adam di sana pada jangka waktu berselang lamanya.


Maka Nabi Adam merasa berdukacita dan kemudian Allah berfirman maksud-Nya: "Wahai Adam, pergilah menunaikan haji kepada Kaabah Allah. Maka pergilah Nabi Adam, dan setiap bekas jejak kakinya itu menjadi hutan rimba dan padang luas/gurun, sehingga tibalah Nabi Adam di Mekah serta bertemulah dengan para malaikat, seraya malaikat itu berkata: "Wahai Adam, berbahagialah haji tuan hamba, dan kami ini sudah sejak 2,000 tahun yang lalu mengerjakan haji pada kaabah ini.


Maka Nabi Adam berkata kepada malaikat itu: "Bagaimana bacaan pada waktu tawaf itu? Jawab malaikat itu kami membaca tasbih sebagai berikut: Subahanallahi wal-hamdulillahi wa la ila ha illallahu wallahu akbar.


Kemudian Nabi Adam bertawaflah di kaabah itu, serta membaca tasbih kepada-Nya dan Nabi Adam mengerjakan haji setiap tahun sekali dan seterusnya semasa hidupnya itu.


Pada riwayat Ibnu Abbas r.a menyebutkan: "Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam, buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabah atau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.


Kemudian setelah itu kaabah dibina dengan lima buah batu bukit.


Pertama, bukit Tursina, kedua, bukit Hira’, ketiga, bukit Uhud, keempat, bukit Juddi dan kelima, bukit Baitulmaqdis.


Menurut kajian ilmiah, bahawa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air iaitu samudera yang sangat luas. Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magna dalam jumlah yang besar yang membentuk bukit.


Bukit itulah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikan lantainya dari Kaabah (kiblat). Batu asal Mekah dibuktikan oleh kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.


Setelah itu Allah terus menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi tempat ini merupakan tempat yang paling tertua di dunia. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Kaabah itu adalah sistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluaskan".


Arah kiblat


Prof. Hussain Kamel, menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.


Untuk tujuan itu, ia menarik garis-garis pada peta, dan setelah itu ia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing.


Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan projek garis bujur dan garis lintang. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).


Gambar-gambar satelit yang muncul kemudian pada tahun 90-an menekankan hasil dan natijah yang sama, ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.


Telah menjadi teori yang mampan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama masa geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan itu terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke arah Mekah.


Allah berfirman maksud-Nya: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7).


Kata Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.


Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.


Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allah berfirman maksud-nya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33).


Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.


Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.


Nabi SAW bersabda maksudnya: "Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".


Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.


Hal ini akan mengakhiri kontroversi yang timbul pada empat dekad yang lalu oleh kalangan Barat.


Ada banyak perdebatan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut. Jika waktu Mekah diterapkan, maka mudah bagi setiap orang mengetahui waktu solat.


Arah lawan jam


Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar kaabah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam.


Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.


Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam.


Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.


Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekeliling kaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi kaabah, siang dan malam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.


Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simbol tamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumi atau dunia seperti dirakamkan dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.

Paderi peluk Islam di Rusia



ISLAM di benua sebesar Rusia masih diselubungi misteri bak kabus yang sangat tebal. Ini apabila jumlah sebenar mereka yang menganut Islam di benua itu tidak ada dalam data yang tepat dan terkini.


Pakar mengenai agama itu, The Russian Islamogist, Roman Silantvev berkata, terdapat khabar angin yang tersebar luas mengatakan sehingga kini terdapat hampir 20 juta penduduk Rusia merupakan penganut Islam.


"Ternyata khabar angin itu tidak realistik," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Rusia, Interfax dua tahun lalu.


Menurutnya, jumlah penduduk Islam mengikut etnik-etnik yang ada di benua itu dikatakan seramai 14.5 juta sahaja. Namun jumlah sebenar dikatakan kurang iaitu terdapat 7 hingga 9 juta orang sahaja yang beragama Islam.


"Satu lagi khabar angin popular yang juga tidak benar, yang mengatakan etnik Rusia terutamanya yang menganut Yahudi dan Kristian semakin ramai yang memeluk Islam pada hari ini.


"Sedangkan yang berlaku sejak 15 tahun lalu sehingga kini, dilaporkan hanya seramai 3,000 orang sahaja yang memeluk Islam, iaitu satu jumlah tidak memberikan makna dan signifikan yang besar," jelasnya.


Namun selepas dirujuk pada lama web ensiklopedia percuma di Internet Wikipedia, Islam dikatakan agama kedua yang paling ramai dianuti di Persekutuan Rusia. Dianggarkan kini terdapat seramai 20 juta penduduknya merupakan penganut Islam. Ia adalah pertambahan hampir 40 peratus sejak 15 tahun lalu dengan 6 juta dari mereka terdiri daripada penduduk asal yang beragama Islam.


Namun Silantvev perlu menerima hakikat sekalipun jumlah tidak menjanjikan signifikan tetapi bagaimana seorang yang bertaraf paderi besar dari gereja utama di negara itu akhirnya memeluk Islam?


Pada tahun 1999, berita pengislaman bekas Paderi Gereja Ortodoks Rusia, Viacheslav Sergeevich Polosin, 53, yang juga pengerusi jawatankuasa Committee of the Supreme Soviet on Freedom of Conscience bagaikan satu sinar yang memecahkan kabus itu.


Namun Polosin dituduh mengalami masalah psikologi akibat tekanan politik apabila dikatakan meninggalkan agama Kristian itu.


Jika Polosin menukar mazhab dari Ortodoks kepada Prostestan, mungkin masih boleh dimaafkan tetapi kini dengan nama baru iaitu Ali, bagaimana ini dapat diterima oleh masyarakat Kristian?


"Sedari kecil saya percaya mengenai kewujudan tuhan sehinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti. Barulah saya mengenali mengenai agama iaitu Kristian diikuti mengunjungi gereja bagi saya mengenali lebih lanjut mengenai Kristian, sesuatu yang tidak saya temui ketika menghadiri kelas pengajian falsafah di universiti," katanya.


Perkara ini bukan sesuatu yang pelik apabila Rusia berkiblatkan komunisme sebagai dasar pemerintahan dan peraturan kehidupan. Perkara mengenai agama tentunya sesuatu yang sangat asing.


Walaupun segala ajaran mengenai Kristian boleh dipetik bagaikan di hujung jarinya, namun bekas paderi itu mengakui Islam merupakan jalan yang paling lurus (the straight path) menuju kebenaran.


"Dalam Kristian ’jalan lurus’ itu juga disebut beberapa kali dalam Kitab Perjanjian Lama.


"Dalam kitab itu diceritakan apabila Raja (King David) yang melalui jalan yang permukaannya berbatu-batu di daerah berbukit Palestin, maka pembantu baginda bertindak membersihkan jalan itu dan turut memastikan bahawa ’jalan itu lurus’.


"Ini diikuti nabi John the Forerunner yang mengajak semua supaya mengakui ketuhanan Jesus sebagai ’jalan yang lurus’ dengan meninggalkan kepercayaan karut yang dianuti sebelum ini," katanya.


’Jalan lurus’


Namun kata Polosin, ’jalan lurus’ menurut al-Quran adalah yang paling benar. Kehidupan manusia merupakan satu perjalanan lurus menuju kepada Allah tanpa perlu melalui mana-mana orang tengah atau wakil mahupun sebarang objek penyembahan.


"Nabi Isa sendiri dalam ajaran baginda yang sebenar mahukan manusia memalingkan muka mereka kepada satu-satunya Tuhan (to ’thou’, ’Abba, Father’) bukannya diri baginda sebagai tuhan seperti mana yang berlaku dalam ajaran itu kini," katanya.


Polosin mengakui bahawa memeluk Islam di sebuah negara seperti Rusia tidak dilihat sebagai satu perbuatan yang dapat diterima.


"Tetapi isunya kini, bukan sangat kerana memeluk satu ajaran baru tetapi satu pengakuan kepada satu ajaran kepada percaya tuhan yang satu secara lebih tegas. Kepercayaan saya kepada Tuhan tidak pernah berubah cuma menjadi lebih kuat, itu sahaja," ujarnya.


Untuk Polosin mengakui keesaan Allah merupakan hasil dari satu perjalanan yang cukup panjang beliau berusaha sedapat boleh untuk mengenali Islam dari apa juga aspek. Sedari soal ketuhanan sehinggalah kepada sosial, politik dan hari pembalasan.


"Saya mengkaji hampir kesemua penulisan buku terutama sejarah Kristian dan Islam dari ramai penulis termasuk ahli falsafah terkenal Perancis, Rene Genon yang turut memeluk Islam.


"Prosesnya cukup panjang kerana Islam bagi saya merupakan satu transisi atau peningkatan kepercayaan yang lebih berkualiti dan menjadi satu peringkat baru yang perlu saya lalui," kata Polosin yang turut menganggap perbincangan bersama seorang tokoh Islam Rusia, Murad Zargishiev memberikan pengaruh besar dalam hidupnya.


Ditanya sama ada bekas paderi itu kini sudah tidak mempercayai Nabi Isa sebagai Al Masih(penyelamat), Polosin menjelaskan bahawa beliau tetap mempercayai baginda.


"Nabi Isa sebagaimana yang dikisahkan dalam Perjanjian Lama (Injil) diterima sebagaimana diceritakan sedangkan ketepatan atau kebenaran mengenai teks Kitab itu sendiri tidak dapat ditentukan kesahihannya.


"Berbanding dengan al-Quran disebutkan baginda merupakan seorang nabi. Seorang yang benar dengan dikurniakan Allah dengan kebolehan yang ajaib dan adalah benar baginda seorang Penyelamat kerana itu baginda digelar Al Masih (Messiah)," katanya.


Nabi Isa


Polosin menjelaskan doktrin mengenai ketuhanan Nabi Isa hanya muncul pada abad ke-4 selepas Masihi (kelahiran Nabi Isa) dan dijadikan satu dogma agama yang rasmi pada abad ke 5 (SM). Namun, untuk beberapa abad sebelum itu penganut Kristian tidak pula mengakui bahawa Nabi Isa itu tuhan.


Hasil kajian mendalam, Polosin menyedari Islam bukanlah tunas baru yang lahir dari Kristian tetapi satu reformasi kedua yang paling hebat berlaku selepas agama nabi Ibrahim, Hanif.


"Nabi Isa pula membawa misi kebenaran bagi membersihkan amalan-amalan pagan yang dilakukan oleh kaumnya. Namun sesetengah pengikut tidak mahu mengikut baginda malah merancang untuk membunuhnya pula.


"Mereka ini yang kemudiannya melahirkan agama Yahudi menyebabkan Islam lahir bagi membawa seluruh manusia ke jalan yang benar dengan cara hidup berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi," katanya.


Mengenai peralihan dari kepercayaan Trinity yang menjadi asas kuat kepada dogma ajaran Kristian Ortodoks, Polosin berkata, pengikut ajaran itu sebenarnya tidak mengetahui hakikat kewujudan Allah yang mereka sangkakan mesti dalam ’bentuk’ sesuatu.


"Mereka tidak mengetahui mengenai bentuk tuhan itu tetapi pengikut Kristian tanpa dapat membezakan antara yang benar dan salah, lalu mengambil seseorang sebagai bukti bahawa tuhan itu benar-benar ’wujud.’


"Sedangkan manusia tidak akan mampu menerima ’penjelmaan’ itu menyebabkan tuhan tidak lagi satu malah dua atau lebih yang tentunya bukan satu lambang kekuasaan dan keesaan-Nya," ujarnya yang mengkaji dari zaman Greek Lama mengenai penciptaan Kitab Perjanjian Lama dan langsung dibandingkan dengan isi kandungan al-Quran.


Beliau tidak menafikan sewaktu bergelar paderi besar itu berlaku pembersihan rohani yang menimbulkan terlalu banyak keraguan di dalam hati sehingga menyebabkan beliau memikirkan semula apa yang telah beliau ketahui dan lalui.


Pengakuan keislaman beliau diakui tidak dapat diterima oleh pelbagai pihak malah sebagai yang begitu ’alim’ dalam ajaran Kristian. Mungkinkah terdapat motif lain yang terselindung?


Isnin, 22 Jun 2009

Kitab Injil bawa Khadijah kepada Islam


Susunan ZUARIDA MOHYIN


KHADIJAH Emile, wanita warga Jordan yang berasal dari Palestin ini dilahirkan kira-kira 48 tahun lalu. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Kristian dan pernah bekerja sebagai pengurus pejabat.


Menurut wanita ini kepada laman web IslamOnline.net, pegangan agama Kristiannya bertahan sehingga 15 Januari 2006 apabila, dia memeluk agama Islam, tiga tahun lalu.


Akui Khadijah lagi, dia membesar dalam sebuah keluarga yang tidak begitu komited dengan agama Kristian yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Apatah lagi, bapanya berfahaman ateis. Malah bapanya juga tidak pernah mempengaruhi ahli keluarga yang lain untuk mengikutnya atau masuk campur dalam pilihan mereka.


Ibunya memang dilahirkan Kristian dan mewarisinya dari nenek moyang. Sekali gus ibu bertanggungjawab membesarkan dia adik-beradik dengan cara hidup Kristian.


Khadijah menerima pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh para biarawati. Oleh sebab itulah, mempelajari Kristian adalah wajib dan mereka terpaksa menghadiri perjumpaan pada setiap Ahad dengan dihadiri paderi serta perjumpaan khas pada Rabu untuk setiap pelajarnya.


Keluh Khadijah, dia tidak menyukai ritual dalam setiap perjumpaan kerana beranggapan tidak wujud perasaan yang menghubungkan dirinya dengan tuhan menerusi ritual-ritual tersebut. Namun dia berpura-pura menyukainya dengan keyakinan bahawa itulah satu-satunya cara atau peluang untuk merasai dekat dengan tuhan, satu cara untuk meluahkan rasa terima kasih dan merayu kepada-Nya.


Lantaran itu, jauh di sudut hatinya, Khadijah tidak berapa selesa dengan segala proses itu. Berkemungkinan kerana suasana dan kaedah ia dikendalikan di mana berlaku percampuran di antara lelaki dan perempuan malah perlu kepada orang tengah iaitu paderi yang khusus berkuasa untuk mengampunkan dosa.


Mengapa tidak boleh secara terus?, Kenapa perlu ada pihak ketiga? Apatah lagi orang ketiga itu juga adalah manusia sepertinya.


Menurut Khadijah, sejak kecil lagi mereka sekeluarga mempunyai seorang pembantu (amah) yang datang ke rumah membantu ibu membersih dan mengemas.


Dia seorang Muslim. Saya cukup tertarik apabila melihatnya bersembahyang. Saya dapat lihat keikhlasan dan kekhusyukan si amah, meskipun dia bersembahyang sendirian dan tidak di rumah ibadat.


"Saya pernah bertanyakan kepada amah itu, adakah dia rasa Allah dekat dengannya semasa bersembahyang? Jawabnya, "Ya, bila kita sembahyang, kita akan rasa kehadiran-Nya".


Jawapannya itu menyentuh jauh di sudut hati saya. Sejak itu, setiap kali berkumandang laungan azan, saya iri hati kepada orang Islam. Ini kerana memikirkan saat ini mereka sedang mendirikan sembahyang dan hampir dengan tuhan mereka.


"Pun begitu saya masih dengan agama Kristian sehinggalah pada usia awal 30-an, apabila saya mula menyertai parti komunis dan pada masa sama cuba meminggirkan agama. Ia secara tidak langsung, menjadikan saya berfahaman ateis. Namun saya tidak menolak kewujudan tuhan. Walau bagaimanapun, ia cukup jelas bahawa hubungan saya dengan tuhan sudah terputus dan hanya berlaku pada sambutan Hari Natal, Easter dan semasa menyertai majlis-majlis sosial," katanya.


Lama kelamaan, Khadijah bosan dengan hubungan yang sentiasa terputus-putus itu. Jadi dia membuat kesimpulan bahawa satu cara sahaja untuk mengatasinya iaitu ialah dengan membina semula hubungan dengan agama. Dia yakin dengan kaedah sebegini, akan menguatkan pertalian dengan tuhan.


"Peliknya, semakin saya mendekatkan diri dengan agama dan pengajarannya, saya dihantui dengan soalan-soalan seperti; Siapa itu Tuhan? Adakah dia Ayah, Anak atau Roh Kudus? Sedangkan Tuhan itu Satu. Bagaimana Tuhan itu ada anak dan anak itu pula adalah Dia dan mengapa pula tuhan perlukan anak untuk membuktikan dia tuhan?


"Mengapa sebagai seorang Kristian, saya perlukan Nabi Isa untuk berhubung dengan Allah? Jika Nabi Isa itu nabi dan dia juga manusia seperti saya, sungguhpun dia memiliki tahap kerohanian yang jauh lebih tinggi.


"Tetapi saya tidak perlukan Nabi Isa untuk menghubungkan saya dengan tuhan. Lagipun, Nabi Isa hanyalah pesuruh-Nya. Jadi kalau dia juga tuhan, bermakna saya kena menyembah dua orang tuhan? Ia sesuatu yang tidak masuk akal," akui Khadijah.


Sejak itu, Khadijah mula banyak membaca, lebih-lebih lagi dalam situasi tertekannya itu. Dia berusaha mendekati tuhan menerusi Kristian, agama yang diwarisi sejak dilahirkan.


Sayangnya, hatinya semakin bimbang dan fikirannya semakin berserabut, apa lagi apabila menyentuh aspek amalan dan ajarannya. Khadijah semakin sedar bahawa apa yang ada di dalam kitab Injil itu bukan daripada Allah.


Malah di dalam kitab itu juga banyak ditemui petunjuk bahawa Nabi Isa itu cuma seorang nabi yang diutus oleh Allah untuk menyempurnakan agama yang dibawa oleh nabi sebelumnya.


Contohnya dalam Matthew 18:11, John 12:49, Matthew 5:17, Mark 10:18, Mark 9:37, John 17:3 dan banyak lagi contoh di mana Nabi Isa tidak pernah mengakui bahawa dirinya itu Tuhan.


Jadi, dari mana datangnya idea tentang konsep Triniti, soal Khadijah. Semua persoalan ini membingungkan fikirannya bertahun-tahun lamanya. Sungguhpun pelbagai jawapan yang diberikan oleh paderi bertauliah, seperti ia adalah satu mukjizat, namun semuanya masih boleh disangkal dan dipersoalkan.


Dengan demikian, Khadijah mula membuat penyelidikan sehinggalah beliau mengetahui tentang debat yang bertajuk, Is the Bible the Word of God? oleh Ahmad Deedat, seorang penceramah dari Amerika Syarikat.


Banyak bukti yang diperjelaskan oleh penceramah itu menyedarkan Khadijah akan penyelewengan yang telah dilakukan ke atas kitab Injil. Maka sejak itu, hijrah akidah Khadijah pun bermula.


Serangan menjadi-jadi ke atas Islam merebak di arena antarabangsa, ia telah membantu Khadijah untuk lebih mendalami agama Islam. Umat Islam hanya mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah malah segala sesuatu itu hanyalah datang dari-Nya dan tiada suatu di dunia ini berkuasa menandingi kekuasaan Allah. Rukun ini menjadikan Islam itu agama yang realistik bagi Khadijah.


Menurut Khadijah, Islam adalah agama yang menyeru manusia menyembah Allah dan hanya kepada-Nya tempat meminta. Ini jelas membuktikan tiada perlu ada perantara di antara hamba dan Pencipta iaitu Allah SWT.


Akhirnya, naluri Khadijah merasai dirinya serasi dengan Islam tanpa sebarang penolakan malah minda dan hatinya tenang dengan Islam, seolah-olah dirinya dilahirkan sebagai Muslim.


Tanggungjawab melaksanakan solat itu perlu demi mendekatkan diri dengan Allah, malah dia melaksanakan puasa pada bulan Ramadan dan membaca keseluruhan al-Quran.


"Saya dapati diri ini benar-benar menerima Islam secara lahiriah dan batiniah. Akhirnya saya temui ketenangan dalaman. Saya mengucap dua kalimah syahadah pada sambutan Aidiladha iaitu pada 15 Januari 2006 dengan disaksikan dua teman baik Muslim.


"Sukar untuk digambarkan perasaan gembira ketika itu. Syukurlah saya telah diselamatkan di dunia dan di akhirat oleh Allah di mana telah memilih saya menjadi hamba-Nya," kata Khadijah yang mendirikan solat sunat kesyukuran sebaik bergelar Muslim.


Khamis, 5 Februari 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA


PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT 2009.



GURU PENGIRING PASUKAN SK. BUKIT TADOM (A)




  1. EN. IZAM
  2. PN. FAIZAH
  3. EN. MAZLAN


AKSI-AKSI MENARIK…



image001


image002


image003


image004


image005


image006


image007 image008

Selasa, 3 Februari 2009

game-4


DIBANTU OLEH CIK NI.......

game-2

NAK BALING APA TU?:-)

bakar-1

MENYEDIAKAN TEMPAT MEMANGGANG

Isnin, 2 Februari 2009

HARI KELUARGA


HJ. SIRAT DAN HJH MARIAM 2009



# LOKASI : RUMAH HJ. SIRAT, JLN JAYA KG. BATU LAUT,


SELANGOR.


# TARIKH : 31HB JAN 2009 (SABTU)


KRONOLOGI MAJLIS


1. SUKANEKA CUCU HJ. SIRAT


image001


image002


image003


image004


2. CUCU YANG TERMUDA : AHMAD FITRI MUAZ BIN MAZLAN


image005


image006


image007 image008image009


image010

Jumaat, 30 Januari 2009

Sikap bapa mudahkan pengislaman Azlan Su


Oleh ZUARIDA MOHYIN








http://www.utusan.com.my/pix/2008/0110/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_02_big.jpg








KEAKRABAN hubungan yang terjalin dengan teman-teman Melayu serta kebebasan yang diberi oleh bapanya terutamanya dalam soal pemilihan agama, menjadikan penghijrahan akidah anak kelahiran Raub, Pahang, ini berjalan lancar tanpa berlaku sebarang perbalahan mahupun permusuhan.


Malah akui Pengurus Kumpulan F&B di Residence Hotel, Bangi, Selangor, Azlan Su, 40, menyedari dirinya seorang yang free thinker membuatkan keputusan bergelar Muslim tiada kaitan langsung dengan unsur paksaan atau ikutan semata-mata.


Beliau tertarik dengan Islam apabila mula keluar merantau untuk bekerja.


Pada masa itulah Azlan banyak bergaul dengan teman-teman yang majoritinya beragama Islam dan orang Melayu. Sepanjang perkenalan itu, beliau selesa dengan cara hidup mereka dan pengamalan budaya dalam masyarakat tersebut.


“Paling seronok bila menyambut bulan Ramadan dan tibanya Syawal. Apa tidaknya, memandangkan diri masih bujang, saya tidak melepaskan peluang meraikan hari kebesaran umat Islam dengan teman-teman beragama Islam. Melihat hubungan kekeluargaan mereka yang begitu mesra dan penuh kasih sayang, ia rupa-rupanya menjadi titik awal yang membawa kepada agama kepercayaan mereka iaitu Islam.


“Malah, ramai yang beranggapan saya memeluk Islam sebab hendak berkahwin dengan gadis Melayu. Sebenarnya, semua itu tidak betul. Saya akui selepas beberapa tahun mengucap kalimah syahadah, saya berkahwin tetapi saya mengenali dan mengakui kebenaran Islam lebih dahulu daripada tempoh tersebut,” cerita Azlan sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.


Menurut anak kedua daripada empat adik-beradik ini lagi, beliau bersyukur kerana sentiasa menerima tunjuk ajar dan bimbingan tentang agama Islam daripada teman-teman sekerja. Alhamdulillah, pada 1990, Azlan akhirnya mengucap syahadah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Menurut Azlan, sikap bapanya yang begitu memahami serta memberi kebebasan kepadanya terutamanya dalam menentukan pegangan agama, mempermudahkan lagi jalan pengislaman.


Biarpun agak terkilan dengan keputusan anak lelakinya namun kebahagiaan anak-anak itu lebih penting, menyedarkan Azlan betapa bertuahnya beliau memiliki seorang bapa yang begitu memahami, berfikiran terbuka dan tidak mementingkan diri.


Azlan yang mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan, Noor Pariza Mohd. Salleh kini dikurniakan tiga cahaya mata dari usia enam hingga 13 tahun. Selepas berkahwin, akui Azlan kehidupan mereka sekeluarga amat mesra dan bahagia, sungguhpun berbeza agama.


“Saya tidak pernah menjadikan perbezaan agama sebagai alasan untuk memutuskan silaturahim. Malah anak-anak saya juga dibiasakan bergaul dengan emak dan bapa saudara serta sepupu-sepupu mereka.


“Cuma dalam bab akidah memang tidak ada kompromi tetapi dalam soal adat, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam, saya membenarkannya,” kata beliau.


Azlan juga selalu berpesan kepada kenalan saudara baru malah kepada golongan mualaf agar sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan kerana urusan berkaitan menjaga silaturahim amat diambil berat di dalam agama Islam.


“Malah, sewajarnya apabila kita sudah bergelar Muslim, tanggungjawab kebajikan kedua-dua ibu bapa seharusnya menjadi keutamaan.


“Bersikap baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga kandung yang lain, bukannya merugikan tetapi sedikit sebanyak memberi gambaran jelas tentang kelebihan dalam agama Islam,” jelas Azlan yang tidak pernah rasa terbeban dengan kewajipan seorang Muslim seperti melaksanakan ibadat solat dan puasa pada awal pengislaman dahulu.


Hakikatnya, Azlan yang pernah muncul dalam program Hikmah terbitan TV1 beberapa tahun lalu bersyukur berkhidmat di tempat sekarang kerana lokasinya yang berhampiran dengan Masjid Uniten memudahkannya menunaikan tanggungjawab paling utama kepada setiap Muslim.


Azlan juga berterima kasih kepada isteri dan anak-anaknya kerana memahami kariernya yang banyak menghabiskan waktu di tempat bekerja berbanding bersama keluarga.


Pun begitu, peranan sebagai suami dan bapa tidak pernah diabaikan terutamanya yang menyentuh soal pendidikan agama kepada anak-anak.


“Tentu ramai yang memahami kesibukan mereka yang bekerja dalam bidang perhotelan namun setiap masa yang terluang dengan anak-anak saya akan pastikan ia mestilah berkualiti. Malah saya akan tunjukkan contoh tauladan yang baik kepada mereka.


“Semasa di pejabat, saya cuba tunjukkan kepada para pekerja akhlak seorang Muslim. Secara tidak langsung ia menjadikan saya seorang yang lebih baik dan berdisiplin, Insya-Allah,” ujar Azlan yang berharap para saudara baru tidak melupakan asal usul mereka meskipun sudah bergelar Muslim.

BICARA AGAMA


Leia gubah lagu bermesej ketuhanan


Oleh ZUARIDA MOHYIN








image001


Leia Az Zahra Justin Abdullah







SUNGGUHPUN gadis manis berkulit putih melepak kelahiran Sabah ini telah menghasilkan lagu-lagu semenjak berusia 15 tahun lagu, namun kehadiran single Mencari Yang Hilang adalah buah tangan penuh bermakna apatah lagi setelah bergelar Muslim.


Menurut Leia Az Zahra Justin Abdullah, 28 tahun, single barunya itu sebenarnya adalah luahan ikhlas beliau. Ia mengisahkan pengalaman kekosongan jiwanya sebelum menemui ketenangan di dalam Islam.


Beliau yang sebelum ini dikenali Farahdinah Justin Lusah adalah anak sulung kepada pasangan yang tidak asing lagi dalam dunia seni suara tanah air terutamanya di Sabah. Bapanya ialah penyanyi yang popular menerusi lagu Jambatan Tamparuli, Justin Lusah manakala ibunya, Clarice Boinsin ialah penyanyi popular di kalangan masyarakat Kadazan, Sabah.


Leia yang memiliki tubuh kecil molek ini pernah menganut Kristian Katolik menemui hidayah Ilahi selepas melalui pengalaman yang agak unik dan akhirnya melakukan pengislaman pada Oktober 2007 di Pejabat Agama Islam Sandakan, Sabah.


"Tidak pernah terlintas di fikiran apa lagi di hati untuk memeluk agama Islam sebelum ini. Islam bukanlah terlalu asing bagi saya kerana semenjak di bangku sekolah lagi saya mengetahui tentang Islam menerusi pergaulan dengan teman-teman.


"Pun begitu, boleh dikatakan apa sahaja yang berkaitan Islam, saya pandang negatif malah sehingga dikategorikan seorang yang anti Islam. Boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan mengikuti aktiviti di gereja, tambahan pula sentiasa mendapat sokongan daripada nenek yang membesarkan saya selepas ibu bapa bercerai.


"Saya sudah ada misi saya sendiri sebagai penganut setia agama Kristian iaitu untuk menjadi biarawati. Untuk memastikan cita-cita ini menjadi kenyataan, saya sanggup mengikuti apa sahaja kursus yang diperlukan pihak gereja demi memenuhi kriteria tersebut," cerita Leia sewaktu berkunjung ke pejabat akhbar Utusan Malaysia sehari sebelum bercuti buat pertama kalinya untuk bertemu keluarga kandung selepas diri memeluk Islam.


Tambah komposer muda ini, yang bakal bernaung di bawah Hijjaz Records Sdn. Bhd. sebagai penyanyi nasyid apa yang menjadi titik perubahan kepadanya ialah selepas mendengar azan Subuh di dalam mimpi dan sebaik terjaga, kebetulan pula azan Subuh sedang berkumandang.


"Sebenarnya sebelum mengalami kejadian pelik itu, saya dalam situasi yang tidak keruan, sedih, serba salah, kecewa menguasai diri saya. Kepala saya berkecamuk memikirkan tentang Pencipta alam ini dan makhluk di muka bumi ini. Walaupun saya kuat dengan kepercayaan Kristian, namun jiwa saya tetap rasa kosong.


"Keresahan itu begitu membebankan fikiran dan menyesak perasaan. Saya menangis sehingga tertidur dan pada saat itulah saya bermimpi. Bila mendengarkan alunan azan itu, hati ini merasa tenang dan damai," akui Leia yang terus berusaha mencari seberapa banyak informasi mengenai Islam menerusi Internet dan berkunjung ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).


Berkongsi perasaan sebaik diri bergelar Muslim, akui Leia kini jiwanya semakin tenang dan bahagia malah dia sanggup berhadapan dengan segala kemungkinan apabila berhadapan dengan keluarga kelak. Pun begitu, jauh di sudut hati kecilnya, beliau berharap agar mereka menerimanya dengan hati dan fikiran terbuka.


Tambah Leia yang memiliki Diploma Sains Komputer dari Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan (PTPL) selepas menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur kira-kira enam tahun lalu, beliau tidak perrnah menyesal dengan keputusan untuk terjun ke dunia hiburan yang penuh cabaran. Baginya medium hiburan merupakan salah satu kaedah dalam menyampaikan dakwah.


"Menerusi lagu-lagu nasyid, kita tidak sahaja berpeluang untuk menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati selain mencari hiburan secara positif tetapi pada masa yang sama, berpeluang untuk berdakwah menerusi mesej daripada lagu-lagu ciptaan saya kelak.


"Saya juga yakin dakwah melalui lagu mampu membantu mengurangkan salah faham segelintir bukan Islam tentang agama Islam yang syumul ini. Manalah tahu insya-Allah, lagu tersebut mampu membuatkan orang terbuka hati untuk kembali kepada kebenaran Ilahi," harap Leia yang juga berkebolehan mencipta serta menggubah lagu.


Leia bersyukur sungguhpun usia pengislaman beliau masih hijau, ia tidak menghalangnya untuk terus menimba seberapa banyak ilmu agama Islam dan paling menariknya, semua maklumat berguna itu akan dikongi bersama pendengar menerusi lagu-lagu gubahannya.


Beliau juga berterima kasih kepada pasangan Haji Haniff dan Hajah Puteh Kalsom kerana kesudian mereka mengambilnya sebagai anak angkat, di samping sentiasa memberi tunjuk ajar terutamanya dalam aspek pemantapan akidah. Perkenalan mereka bermula pada Disember tahun lalu, sewaktu Leia menyuarakan hasrat untuk mendapatkan bimbingan daripada Perkim berkaitan praktikal solat.

selamat mencuba post2blog

HARI INI DI SMK BANDAR BANTING

Menimba ilmu membuat blog...